Thursday, December 11, 2008

ADUHAI IBUKU SAYANG...

Sudah lama saya tidak menulis kerana kurang sihat. Mengadap komputer terasa penin dan tak tahan lama - lama.

Saat - saat begini, terdetik di benak... begini rupanya tika ibu mengandungkan ku dulu... peninnya, loya, muntah, badan lemah, makan tak lalu... macam - macam lagi. Itu baru di awal kandungan. Belum lagi sarat perut yang dibawa. Aduhai ibu... berat tanggunganmu menahan keperitan mengandung... tapi itulah pengalaman bermakna dan manis bagi seorang wanita. Bagi yang kali pertama mengalami saat ini, perasaan pasti bercampur baur, antara gembira dan gementar. Gembira bakal menjadi ibu dan mendapat zuriat dan gementar untuk menghadapi saat - saat kelahiran.

Menanggung alah adalah sebahagian pengalaman bagi ibu yang hamil. Tapi alah yang dialami berbeza - beza. Sama ada teruk atau tidak alah yang di alami,semuanya adalah mengikut pengalaman masing - masing. Ibu.. memang selayaknya syurga itu di bawah telapak kakimu.

Alhamdulillah banyak petua dan nasihat yang diterima termasuk dari majikan dan ibu - ibu yang berpengalaman. Beliau memberi cara untuk elakkan muntah dan kuatkan badan. Ada juga yang bagi macam - macam cara untuk kesihatan ibu dan kandungan. Mungkin saya boleh kongsikan di sini. Antaranya ialah


1. Membaca Surah Al Fatihah
2. Membaca Surah Yaasiin hingga akhir.

3. Membaca Surah Taubah hingga akhir. 4. Membaca Surah Yusuf hingga akhir agar memperoleh anak yang soleh, sihat, cantik dan sempurna.

5. Membaca Surah Luqman hingga akhir agar memperolehi anak yang taat.

6. Membaca Surah Maryam hingga akhir untuk memperoleh anak yang sabar dan taat.

7. Membaca Surah An Nahl ayat 78

8. Membaca Surah Al A'raf ayat 189

9. Membaca surah Al Hadid


Disamping itu perbanyaklah amalan membaca doa ini setiap kali selesai mengerjakan solat lima waktu:

1. Surah Ali Imran ayat 38

2. Surah Ali Imran ayat 8 dan 9

3. Surah Ali Imran ayat 192 hingga 194.
4. Surah Ibrahim ayat 40 dan 41.

Dalamp pada itu, ada juga yang mengajar cara mendidik anak dalam kandungan iaitu dengan cara sentiasa berinteraksi dengan anak dalam kandungan. Setiap aktiviti terutama ibadah kita ber interaksi dengan anak dalam kandungan. sebagai contoh:


"assalamualaikum anak umi anak abi, umi nak solat zohor ni"

"assalamualaikum anak umi anak abi, umi dengar ceramah ni, anak umi duduk baik -baik ye".

" assalamualaikum anak umi anak abi, umi baca Quran ni, dengar ye".
Begitulah juga dalam aktiviti lain -lain.


Dalam aspek pemakanan pula, makanan yang berkhasiat dan baik amat penting. Makanan berbentuk sunnah seperti kurma dan kismis antaranya. Begitu juga buah - buahan dan sayuran hijau.

Saya rasa bersyukur, ramai yang memberikan nasihat petua dan semangat.. Alhamdulillah. Semoga apa yang dikongsikan di sini memberi manfaat kepada pembaca juga kepada pemberi petua, sekurang - kurangnya ilmu yang baik disebarkan.. insyaAllah.

Setiap orang mengimpikan anak yang soleh dan solehah. Maka penanaman aqidah Islam di peringkat awal adalah penting sebagai tunjang utama pembinaan watak dan peribadi anak. semoga kita semua berjaya mendidik dan membentuk anak - anak soleh dan solehah.

Buat ibu tercinta, terima kasih atas segala -galanya. Moga syurga tempatmu kelak... ameen.


"Ya Rabb. jadikan ku hamba yang solehah, anak yang solehah, ibu yang solehah dan pekerja yang solehah... ameen..."