Friday, January 2, 2009

Sambutan Tahun Baru Masihi Versi Jahiliyyah Moden... Remaja Kita

Alhamdulillah, kita baru sahaja menyambut tahun Hijrah yang baru 1430. Ianya disambut dengan solat hajat, yaasiin dan tahlil, doa selamat dan lain - lain. Moga - moga tahun baru Hijrah ini akan membawa lebih banyak kebaikan bagi umat manusia. Bertambah amal dan bertambah dekat kita dengan Rabb... ameen.


Selang dua hari Tahun Baru Masihi pula menjelang. Sambutannya diwar -warkan lebih awal dengan pelbagai aktiviti yang menarik minat ramai. Agak - agak kome le.. mana lebih meriah sambutannya? Hijriah atau masihi? Kalau kita buat survey, terutama di kalangan remaja' mana mereka akan sambut dan hayati... saya boleh mengandaikan ramai yang bersedia dan bersemangat untuk sambut Tahun Baru Masihi ( tidak semua tetapi majoritinya)
Cuba kita lihat, di Dataran Merdeka, Jalan Bukit Bintang, Padang Polo Ipoh, taman -taman dan merata lagi, siapa yang ramai? saya teringat masa belajar di UPM. Ada seorang adik muslimin bersama rakannya, meninjau suasana sambutan di Bukit Bintang, dia berkata " ketak lutut tengok" ( orang utara, sekarang dah jadi wartawan Harakah di Kedah kalau tak silap)


Dalam pada itu ramai pula ibu bapa yang sanggup bawa anak - anak kecil ( anak - beranak ) bekumpul bersesak - sesak dengan bercampul gaul menanti saat detik jam 12 malam . Anak - anak yang masih kecil telah di didik sambut tahun masihi yang beria. Maka tidak hairanlah masyarakat kini dan akan datang ghairah menyambut Tahun Baru Masihi.Tapi cuba kita lihat sambutan Tahun Baru Hijrah; sesak saratkah ibu bapa serta anak - anak menyambutnya? Berapa ramai remaja yang turut serta?Anda sendiri tahu keadaannya. Lihat sahaja di kaca tv, boleh buat perbandingan mudah.

Keesokan harinya keluar berita dalam akhbar - akhbar sambutan Tahun Baru Masihi. Pesta Liar, remaja bersekedudukan di hotel murah, perbuatan tidak senonoh pasangan remaja, kenduri seks, mabuk dan sebagainya. Amat menyedihkan !! Semua anak remaja Melayu. Bebasnya mereka! Inilah kefahaman mereka terhadap sambutan tahun baru. Bebas dan keseronokan.


Keadaan inilah berterusan setiap tahun. Keesokan hari sambutan Tahun Baru pasti banyak berita remaja yang ditangkap dengan pelbagai kesalahan. Semua sudah maklum! Apakah tindakan wajar yang perlu dilakukan?!


Mungkin agak keterlaluan jika saya katakan sambutan Tahun Baru ini ditiadakan. Jika diteliti sambutan tahun baru itu bukan lah sesuatu yang salah tetapi cara sambutan dan orang - orang yang menyambutnya dengan cara yang salah. Pada malam tersebut yang lebih ketara adalah keseronokan. Bagi agama lain saya tidak memberatkan perkara ini. Tetapi bagi Melayu Islam. Selepas berseronok menyambut tahun baru apakah impak positifnya? Sejauhmanakah diselitkan unsur kesyukuran dan ingatan kepada Allah.( ini belum termasuk tentang solat fardu maghrib dan isyak juga subuh keesokan harinya) Pulang lewat, keletihan, berhimpit -himpit, kesesakan dan sebagainya. Bagi sesetengan pihak, rumah bukan jalan pulang ada pula ke tempat lain menyambung sambutan dengan aktiviti yang tidak sepatutnya.


Mungkin sambutan Tahun Baru Masihi perlu diubah perlaksanaannya. Mengapa tidak ianya di susun dengan suasana yang baik. Sebagai contoh, kedudukan ketika sambutan. Disediakan tempat duduk yang lebih tersusun, pengasingan antara lelaki dan perempuan, antara yang telah berkeluarga dan tidak, menetapkan tempat -tempat tertentu sahaja dibenarkan sambutan supaya dapat dikawal. . Pengisian - pengisian yang lebih bermanfaat. Persembahan - persembahan seperti menginsafi tragedi - tragedi sepanjang tahun sebelumnya, kejayaan - kejayaan lalu yang perlu dipertingkatkan, persembahan yang menautkan keharmonian dan mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat dan pelbagai lagi. Bagi remaja mungkin boleh dikhususkan sambutannya. Dipimpin oleh kalangan remaja sendiri dengan aktiviti yang terkawal dan terpelihara daripada maksiat. Ini semua boleh disusun oleh pihak penganjur. Sementara hadirin mengikut sahaja agenda yang telah diaturkan.


Saban tahun sambutan yang dilaksanakan adalah sama. Lebih menjurus kepada keseronokan. Tahun berubah, tapi kita masih sama dengan sambutan yang sedemikian. Apatah lagi anak remaja kita yang seronok dengan kebebasan serta cara hidup yang merosakkan. Bagi mereka alam remaja adalah untuk berseronok dan mencuba pelbagai yang baru. Apakah mereka akan berubah apabila meningkat usia?


Walauapapun, sebagai saudara seagama marilah kita doakan agar semua umat Islam tua, muda, kecil besar, miskin kaya; walau di mana jua semuanya akan kembali sujud kepada Allah dengan iman yang sebenar- benarnya, agar dapat mewujudkan kasih sayang, kesedaran dan keinsafan bagi memudahkan usaha mengembalikan umat islam kepada akhlaq dan cara hidup yang telah digariskan oleh Allah swt.


" Ya Allah selamatkan umat ini.. kembalikan kami kepada jalan yang Engkau redhai... ameen"