Wednesday, April 25, 2012
Tuesday, December 28, 2010
Udah lama beno teman tak menulis. InsyaAllah dengan izinNya teman akan meneruskan penulisan dan berkongsi dengan pengunjung blog ini. Terima Kasih kepada para pengunjung yang sudi singgah di ruangan ini.
Insya Allah mungkin banyak bahan dan cerita menarik dapat dipaparkan selepas ini.
Apapun dikesempatan ini teman nak ucap selamat kepada semua...
selamat berhijrah, selamat menyambut tahun baru masihi dan semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita semua..
jumpa lagi nanti... InsyaAllah
Tuesday, April 21, 2009
Selamat Bersua Kembali...
Assalamualaikum.... buat semua pengunjung blog teman. Dah lama beno idak menulis. Memang rindu nak menulis. Disebabkan kesihatan yang tak begitu mengizinkan dan kekangan masa susah le sikit teman nak updatekan blog ni.... Terima kasih bebanyak le pada para pengunjung yang sudi ke blog teman yang serba dhaif ini.
Dalam masa yang agak lama tak menulis ni macam - macam yang dah berlaku. Terutama perjalanan politik di perak, begitu juga negara kita ni. Banyak juga nak komen tapi takdan rasanya, ni pun kejap je masuk cc.
Dalam serba dhaif ni, doa sahajalah yang dapat teman panjatkan untuk Datin Seri dan Dato Seri Nizar sekeluarga. Moga terus diberikan kekuatan,kekentalan iman, kesihatan yang baik dan rahmat dari Allah.
Teman yakin hikmah cukup besar di sebalik apa yang telah berlaku. Allah mempunyai sebab untuk apa yang berlaku. Mungkin kita tidak nampak pada waktu ini. Namun yang nyata kita mesti tetap bersangka baik dengan Allah SWT.
Sebagai mukmin, doa adalah senjata... dan kepada semua pejuang ( Ansorulllah ) terutama di Perak ni, jangan pula berasa lemah dan lemas dengan cabaran dan dugaan yang Allah titipkan untuk menguji mereka yang thabat di jalan dakwah ini. Kita telah memilih jalan ini maka sepatutnya telah bersedia dan faham dengan sebarang kemungkinan yang datang.
Selamat Berjuang untuk semua...
"Ya Rabb. tetapkan iman kami, tetapkan kami di jalan perjuangan ini... ameen"
Friday, January 2, 2009
Sambutan Tahun Baru Masihi Versi Jahiliyyah Moden... Remaja Kita
Selang dua hari Tahun Baru Masihi pula menjelang. Sambutannya diwar -warkan lebih awal dengan pelbagai aktiviti yang menarik minat ramai. Agak - agak kome le.. mana lebih meriah sambutannya? Hijriah atau masihi? Kalau kita buat survey, terutama di kalangan remaja' mana mereka akan sambut dan hayati... saya boleh mengandaikan ramai yang bersedia dan bersemangat untuk sambut Tahun Baru Masihi ( tidak semua tetapi majoritinya)
Dalam pada itu ramai pula ibu bapa yang sanggup bawa anak - anak kecil ( anak - beranak ) bekumpul bersesak - sesak dengan bercampul gaul menanti saat detik jam 12 malam . Anak - anak yang masih kecil telah di didik sambut tahun masihi yang beria. Maka tidak hairanlah masyarakat kini dan akan datang ghairah menyambut Tahun Baru Masihi.Tapi cuba kita lihat sambutan Tahun Baru Hijrah; sesak saratkah ibu bapa serta anak - anak menyambutnya? Berapa ramai remaja yang turut serta?Anda sendiri tahu keadaannya. Lihat sahaja di kaca tv, boleh buat perbandingan mudah.
Keesokan harinya keluar berita dalam akhbar - akhbar sambutan Tahun Baru Masihi. Pesta Liar, remaja bersekedudukan di hotel murah, perbuatan tidak senonoh pasangan remaja, kenduri seks, mabuk dan sebagainya. Amat menyedihkan !! Semua anak remaja Melayu. Bebasnya mereka! Inilah kefahaman mereka terhadap sambutan tahun baru. Bebas dan keseronokan.
Keadaan inilah berterusan setiap tahun. Keesokan hari sambutan Tahun Baru pasti banyak berita remaja yang ditangkap dengan pelbagai kesalahan. Semua sudah maklum! Apakah tindakan wajar yang perlu dilakukan?!
Mungkin agak keterlaluan jika saya katakan sambutan Tahun Baru ini ditiadakan. Jika diteliti sambutan tahun baru itu bukan lah sesuatu yang salah tetapi cara sambutan dan orang - orang yang menyambutnya dengan cara yang salah. Pada malam tersebut yang lebih ketara adalah keseronokan. Bagi agama lain saya tidak memberatkan perkara ini. Tetapi bagi Melayu Islam. Selepas berseronok menyambut tahun baru apakah impak positifnya? Sejauhmanakah diselitkan unsur kesyukuran dan ingatan kepada Allah.( ini belum termasuk tentang solat fardu maghrib dan isyak juga subuh keesokan harinya) Pulang lewat, keletihan, berhimpit -himpit, kesesakan dan sebagainya. Bagi sesetengan pihak, rumah bukan jalan pulang ada pula ke tempat lain menyambung sambutan dengan aktiviti yang tidak sepatutnya.
Mungkin sambutan Tahun Baru Masihi perlu diubah perlaksanaannya. Mengapa tidak ianya di susun dengan suasana yang baik. Sebagai contoh, kedudukan ketika sambutan. Disediakan tempat duduk yang lebih tersusun, pengasingan antara lelaki dan perempuan, antara yang telah berkeluarga dan tidak, menetapkan tempat -tempat tertentu sahaja dibenarkan sambutan supaya dapat dikawal. . Pengisian - pengisian yang lebih bermanfaat. Persembahan - persembahan seperti menginsafi tragedi - tragedi sepanjang tahun sebelumnya, kejayaan - kejayaan lalu yang perlu dipertingkatkan, persembahan yang menautkan keharmonian dan mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat dan pelbagai lagi. Bagi remaja mungkin boleh dikhususkan sambutannya. Dipimpin oleh kalangan remaja sendiri dengan aktiviti yang terkawal dan terpelihara daripada maksiat. Ini semua boleh disusun oleh pihak penganjur. Sementara hadirin mengikut sahaja agenda yang telah diaturkan.
Saban tahun sambutan yang dilaksanakan adalah sama. Lebih menjurus kepada keseronokan. Tahun berubah, tapi kita masih sama dengan sambutan yang sedemikian. Apatah lagi anak remaja kita yang seronok dengan kebebasan serta cara hidup yang merosakkan. Bagi mereka alam remaja adalah untuk berseronok dan mencuba pelbagai yang baru. Apakah mereka akan berubah apabila meningkat usia?
Walauapapun, sebagai saudara seagama marilah kita doakan agar semua umat Islam tua, muda, kecil besar, miskin kaya; walau di mana jua semuanya akan kembali sujud kepada Allah dengan iman yang sebenar- benarnya, agar dapat mewujudkan kasih sayang, kesedaran dan keinsafan bagi memudahkan usaha mengembalikan umat islam kepada akhlaq dan cara hidup yang telah digariskan oleh Allah swt.
" Ya Allah selamatkan umat ini.. kembalikan kami kepada jalan yang Engkau redhai... ameen"
Thursday, December 11, 2008
ADUHAI IBUKU SAYANG...
Disamping itu perbanyaklah amalan membaca doa ini setiap kali selesai mengerjakan solat lima waktu:
Dalam aspek pemakanan pula, makanan yang berkhasiat dan baik amat penting. Makanan berbentuk sunnah seperti kurma dan kismis antaranya. Begitu juga buah - buahan dan sayuran hijau.
Setiap orang mengimpikan anak yang soleh dan solehah. Maka penanaman aqidah Islam di peringkat awal adalah penting sebagai tunjang utama pembinaan watak dan peribadi anak. semoga kita semua berjaya mendidik dan membentuk anak - anak soleh dan solehah.
Buat ibu tercinta, terima kasih atas segala -galanya. Moga syurga tempatmu kelak... ameen.
"Ya Rabb. jadikan ku hamba yang solehah, anak yang solehah, ibu yang solehah dan pekerja yang solehah... ameen..."
Tuesday, November 18, 2008
Rajuk...
Merajuk yang positif adalah membangkitkan hubungan yang bertambah baik dan sayang antara suami isteri dan anak dengan ibu bapa juga di kalangan sahabat - sahabat. Bila berlakunya salah seorang merajuk maka puncanya perlu diketahui terlebih dahulu. Kalau anak - anak merajuk biasanya sebab tak dapat apa yang dikehendaki. Saya teringat anak saudara saya yang baru berumur 12 tahun minta ibunya belikan mp3. Ibunya masih berkira - kira untuk membeli atau tidak. maka merajuk la dia. Bila ditanya balik; "tak payah beli katanya.." merajuk budak budak, dapat tersengih la dia. Kalau saya masa zaman kanak - kanak, rasanya macam tak dan nak merajuk sebab adik - beradik ramai (12 orang). Terutama bab makanan. Ingat lagi " kalau merajuk abiskan" gitula kata mak. Maka tak jadi la merajuk.
Bila isteri merajuk pula... ermm macam - macam la isunya.. Suami balik lambat, suami janji sesuatu tapi tak tunai dan lain -lain lagi. Suami merajuk pulak macamnana? Suami merajuk biasanya bila isteri buat nohen kat suami dan cakap kasar dan lain - lain. Dalam konteks suami isteri kalau merajuk maka perlu saling memujuk. Sesekali merajuk ada manisnya. Penambah kasih sayang. Tapi jangan dibuat selalu nanti suami tension dan bosan. Lain pulak jadinya.
Bagi isteri pula perlulah kawal emosi. Jangan terlalu ikutkan perasaan (mengingatkan diri sendiri juga).Merajuk seorang istei ni macam - macam. Kalau setakat diam dan monyok masih biasa lagi tapi yang suka balik rumah mak bapak atau rumah kawan. Ini bahaya. Merajuk macamanapun jangan lah sampai keluar rumah. Bagi saya, kaedahnya untuk selesai, salah seorang kene beralah, minta maaf atau buat sesuatu yang mengembirakan pasangan. InsyaAllah. Saya yakin ramai yang lebih arif.
Sementara itu, ibu bapa juga mudah merajuk terutama yang sudah berusia. Kalau anak tak balik menjeguk, hatinya mudah merajuk. Anak tak balik berhari raya juga merajuk. Anak lelaki yang lebihkan isteri pun ibu boleh merajuk. Cuma rajuk seorang ayah je yang tak berapa jelas kelihatan. Perlu diselami. Rajuk seorang ibu dan ayah lagi bahaya. Takut pula jadi anak derhaka. Seperti yang dikisahkan pada zaman Rasulullah; saat anak sukar menghembus nafas kerana ibu berkecil hati. Begitu juga drama - drama tv yang menayangkan kisah anak - anak yang derhaka.Hati mereka perlu dijaga dan perlu dijelaskan keadaan kita kepdanya supaya mereka faham dan tidak terguris.
Dalam organisasi pula terutama dakwah dan perjuangan. Merajuk adalah sesuatu yang merugikan jamaah. Merajuk juga merugikan diri sendiri. Merenggangkan diri dari ikatan jamaah dan tarbiyah. Kadang kala kita mudah berkecil hati dalam gerak kerja jamaah. Sedarkah kita dalam gerakan dakwah dan perjuangan, merajuknya kita tidak mengurangi kekuatan Islam. Allah tidak rugi jika kita merajuk dan meninggalkan jamaah. Apabila kita mengundur diri dan merajuk,mungkin itulah tapisan Allah terhadap orang yang mahu berjuang di jalanNya.
Semuanya perlu kepada ketahanan iman dan emosi serta kematangan. Kita berusaha untuk meyerap segala perkara yang boleh menyakitkan hati dan sebagainya hingga mengundang rajuk. Maka berdolah kita agar diberi kekuatan dan istiqomah dalam kebaikan juga tetap dilandasan perjuangan yang haq.
"Ya Allah jadikanku isteri dan anak yang solehah, pejuang yang istiqomah... amin"