Tuesday, November 18, 2008

Rajuk...

Merajuk berlaku dimana mana; antara pasangan kekasih, anak - anak dengan ibu bapa, keluarga, organisasi dan sebagainya. Merajuk ada positif dan negatifnya...

Merajuk yang positif adalah membangkitkan hubungan yang bertambah baik dan sayang antara suami isteri dan anak dengan ibu bapa juga di kalangan sahabat - sahabat. Bila berlakunya salah seorang merajuk maka puncanya perlu diketahui terlebih dahulu. Kalau anak - anak merajuk biasanya sebab tak dapat apa yang dikehendaki. Saya teringat anak saudara saya yang baru berumur 12 tahun minta ibunya belikan mp3. Ibunya masih berkira - kira untuk membeli atau tidak. maka merajuk la dia. Bila ditanya balik; "tak payah beli katanya.." merajuk budak budak, dapat tersengih la dia. Kalau saya masa zaman kanak - kanak, rasanya macam tak dan nak merajuk sebab adik - beradik ramai (12 orang). Terutama bab makanan. Ingat lagi " kalau merajuk abiskan" gitula kata mak. Maka tak jadi la merajuk.

Bila isteri merajuk pula... ermm macam - macam la isunya.. Suami balik lambat, suami janji sesuatu tapi tak tunai dan lain -lain lagi. Suami merajuk pulak macamnana? Suami merajuk biasanya bila isteri buat nohen kat suami dan cakap kasar dan lain - lain. Dalam konteks suami isteri kalau merajuk maka perlu saling memujuk. Sesekali merajuk ada manisnya. Penambah kasih sayang. Tapi jangan dibuat selalu nanti suami tension dan bosan. Lain pulak jadinya.

Bagi isteri pula perlulah kawal emosi. Jangan terlalu ikutkan perasaan (mengingatkan diri sendiri juga).Merajuk seorang istei ni macam - macam. Kalau setakat diam dan monyok masih biasa lagi tapi yang suka balik rumah mak bapak atau rumah kawan. Ini bahaya. Merajuk macamanapun jangan lah sampai keluar rumah. Bagi saya, kaedahnya untuk selesai, salah seorang kene beralah, minta maaf atau buat sesuatu yang mengembirakan pasangan. InsyaAllah. Saya yakin ramai yang lebih arif.

Sementara itu, ibu bapa juga mudah merajuk terutama yang sudah berusia. Kalau anak tak balik menjeguk, hatinya mudah merajuk. Anak tak balik berhari raya juga merajuk. Anak lelaki yang lebihkan isteri pun ibu boleh merajuk. Cuma rajuk seorang ayah je yang tak berapa jelas kelihatan. Perlu diselami. Rajuk seorang ibu dan ayah lagi bahaya. Takut pula jadi anak derhaka. Seperti yang dikisahkan pada zaman Rasulullah; saat anak sukar menghembus nafas kerana ibu berkecil hati. Begitu juga drama - drama tv yang menayangkan kisah anak - anak yang derhaka.Hati mereka perlu dijaga dan perlu dijelaskan keadaan kita kepdanya supaya mereka faham dan tidak terguris.

Dalam organisasi pula terutama dakwah dan perjuangan. Merajuk adalah sesuatu yang merugikan jamaah. Merajuk juga merugikan diri sendiri. Merenggangkan diri dari ikatan jamaah dan tarbiyah. Kadang kala kita mudah berkecil hati dalam gerak kerja jamaah. Sedarkah kita dalam gerakan dakwah dan perjuangan, merajuknya kita tidak mengurangi kekuatan Islam. Allah tidak rugi jika kita merajuk dan meninggalkan jamaah. Apabila kita mengundur diri dan merajuk,mungkin itulah tapisan Allah terhadap orang yang mahu berjuang di jalanNya.

Semuanya perlu kepada ketahanan iman dan emosi serta kematangan. Kita berusaha untuk meyerap segala perkara yang boleh menyakitkan hati dan sebagainya hingga mengundang rajuk. Maka berdolah kita agar diberi kekuatan dan istiqomah dalam kebaikan juga tetap dilandasan perjuangan yang haq.

"Ya Allah jadikanku isteri dan anak yang solehah, pejuang yang istiqomah... amin"

No comments: