Tuesday, November 4, 2008

Gadis Perak/ Malaysia ke Lombok

Minggu lepas hangat isu gadis dari negeri teman di bawa lari ke lombok Indonesia. Saya nak komen sikit. Kalau tak salah, dah dua kes begini. Sebelum ni kes gadis dari Teluk Intan dan yang terbaru dari Bagan Serai. Dua - dua dari negeri teman. Apa ke heynya jadi gitu?

Sefaham saya kes ini berpunca dari cinta. Atas dasar cintalah gadis - gadis ini rela "dilarikan" ke Lombok dek peria2 Indonesia. Lebih malang lagi mereka masih di usia yang muda. Bak pantun melayu yang pernah saya dengar :

nasi lemak buah bidara,
sayang selasih hamba lurutkan,
buang mak buang saudara,
kerana kasih hamba turutkan.


Setelah merasai keperitan hidup berumahtangga dan kepayahan hidup di sana barulah mereka kembali teringatkan keluarga. Minta tolong dibawa pulang.
Maka bersusah payahlah ibu dan ayah berusaha untuk membawa pulang anaknya. Walaupun pada asalnya marah dan kecewa anak membelakangkan keluarga, namun atas sebab sayang dan kasih pada anak semuanya ditolak ke tepi. Ditambah pula dengan kos yang cukup tinggi untuk urusan membawa mereka pulang. Masalah ini bukan hanya melibatkan keluarga gadis dan peria yang membawa lari, tetapi melibatkan dua buah negara yang punyai peraturan dan undang - undang.



Inilah penangan cinta dunia bukan atas dasar keimanan dan taqwa kepada Allah. Ramai anak muda remaja yang terjerumus dalam cinta terlarang. Lantaran asas iman yang lemah, ditambah dengan suasana kehidupan masyarakat kini yang meminggirkan aspek kerohanian Islam. Anak - ank muda hari ini dididik dengan keseronokan, kemewahan dan kebebasan. Rata - ratanya begitu.

Jika dulu keseronokan hanya sekadar dengan kawan - kawan sekampung dan sekolah, kebebasan pun dalam ruang lingkup kampung. Kemewahan sekadar cukup pakai. ( melihat dari sudut suasana zaman remaja saya dahulu) Setelah melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi barulah kenal dunia luar.

Kita akui zaman sudah berubah, tetapi kita lupa corak pendidikan yakni konsep tauhid dan kerohanian yang kukuh pada anak- anak muda sememangnya diperlukan. Jika dahulu tiada handphone , internet dan sebagainya. Namun kita masih mampu untuk hidup suasana yang baik.


Hari ini anak- anak seusia 7 tahun sudah dibekalkan handset, belanja sekolah yang mewah, di samping bebas keluar rumah. Pakaian pula dibiasakan dengan pakaian yang mahal berjenama. Pakaian yang mendedah aurat bagi perempuan, seluar yang jeans ketat dan terlondeh, baju kecil dan atas pusat atau pun yang "fit" sekadar balut tubuh. Anak - anak lelaki dibiasakan dengan seluar pendek. Apabila keadaan ini dibiasakan dari kecil, mereka akan kekok untuk memakai pakaian longgar, berbelanja dan berhibur sekadarnya.



Saya masih ingat lagi waktu sekolah menengah di tingkatan dua, sekitar tahun 1994, bersekolah di sesi petang. Sebelum ke sekolah saya akan memancing ikan di sungai hadapan rumah. Dapat dua - tiga ekor ikan ginggio, puyu dan lain -lain, saya siang dan goreng untuk bekalan bersama nasi kosong. Alhamdulillah dengan izin Allah saya berjaya melanjutkan pelajaran hingga tamat Ijazah Sarjana Muda Universiti Putra Malaysia dalam suasana yang agak susah. Saya mengingatkan diri saya bahawa, jika saya susah, ada lagi yang lebih susah.


Saya tidak dididik dengan kemewahan, tapi alhamdulillah cukup dengan apa yang Allah berikan. Dengan suasana hidup yang sederhana, Saya tidak pandai meminta - minta dari ibu bapa melainkan yang diperlukan untuk tujuan sekolah. Hanphone pun saya beli di tahun 3 pengajian atas desakan rakan - rakan kerana susah untuk dihubungi atas tujuan berpersatuan. Saya beli pun yang secondhand , tak sampai RM100. Saya bersyukur dididik dalam suasana begitu, kerana saya bimbang juga jika digelumang dengan kemewahan saya tidak seperti sekarang. Sayatidak mengatakan semua yang hidup bermewah akan lupa diri tetapi kebanyakkannya begitu.


Bila dikenang, bezanya anak muda zaman ini. Terkadang saya lihat ada anak - anak dari keluarga yang susah, tetapi ibu bapa ikutkan juga kehendaknya. Contoh paling mudah handphone. Sejauh manakah pentingnya handphone kepada anak muda? Banyak sangat ke kenalan mereka untuk dihubungi? Banyak sangatkah urusan mereka hingga memerlukan handphone? Bagi saya mereka tidak memerlukan handphone. Saya teringat sahabat suami saya. seorang guru. Dia tidak mempunyai handpohe sendiri. Cuma ada satu di rumah untuk kegunaan keluarganya mungkin menggantikan telepon biasa yang ada di rumah -rumah. Jika dia keluar handphone tidak dibawa. Elok pulak guru ni tanpa handphone.


Saya melihat, didikan agama adalah penting di awal usia. Biasakan anak dengan cara hidup yang sederhana. pergaulan mereka juga dikawal dengan bijak. Jika kita telah didik mereka dengan sebaiknya tetapi mereka pincang setelah dewasa, itu ujian Allah untuk uji keimanan kita. Namun doa ibu bapa adalah mustajab untuk menjamin kebahagian anak - anak. Sementara itu, bagi anak - anak muda dekatkanlah diri kepada Allah. Selangkah kita hampir pada Nya seribu langkah Dia hampir kepada kita....


"Ya Allah... bantulah aku menjadi hamba, anak, isteri dan pekerja yang solehah... amin"

No comments: