Thursday, October 23, 2008

Banjir...eooo

Banjir..o Banjir...o Banjir eoo...
Begitulah lebih kurang bunyi lagu banjir yang pernah saya dengar. Sekarang musim tengkujuh. Kedah, Perlis dan Perak dah mula dinaiki air. Pagi tadi saya dapat sms dari Manjung : "salam, Lekir banjir teruk terdapat lebih 200 org kat pusat bencana di Jabatan Pertanian batu 9 Lekir". Saya pun balas: "InsyaAllah bantuan menyusul". Lantas saya berkata pada suami, "macam wakil rakyat pulak ayang ni". Suami saya senyum sahaja.


Sementara itu, Kampung Gajah pun dah di naiki air. Pagi tadi saya meranduk air separas betis di alur rumah mertua. Malam tadi balik dari kerja air sudah mulai naik. Kereta awal2 lagi dah diletakkan di kawasan tinggi... rumah Ketua Kampung. Meranduk air takut juga bukan apa, kot - kot melekat lintah atau ada ular yang menyusur. Alhamdulilah tak ada apa2 yang melekat di kaki.


Hampir tiap pagi dan petang hujan. Kebun betik suami saya dah ditenggelami air sejak kelmarin. Anak betik yang baru sejengkal lebih akan mati nampaknya. Kesian suami saya. Tapi tak apa, insyaAllah ada rezeki lain dari Allah.


Kalau dulu masa budak - budak, saya cukup gemo ( kata orang perak) main ayo.. he he.. Berkubang sakan. Tapi dah beso ni idak le lagi...


Inilah Fitrah alam yang telah ditetapkan Allah. Jika tiada air kemarau lah kita, terlebih air banjir lah kita. Namun di sana ada hikmah dan pengajaran dari Allah. Bersyukur dengan nikmat air dan sabar dengan cabaran banjir. Namun begitu, banjir juga adalah peringatan dari Allah. Mungkin ada perkara - perkara yang dimurkai Nya telah kita lakukan... renung - renungkanlah.



"Ya Allah Ujilah daku... namun sabar dan teguhkan imanku dengan ujian itu...."

Monday, October 20, 2008

Jumaat Yang Sibuk

Agak banyak juga kerja yang perlu diselesaikan pada hari ini. Tambahan pula kami pekerja di kediaman mengadakan majlis sambutan hari raya... Makan - makan je. Saya sendiri bawa lemang dan rendang serta nasi himpit. Rakan kerja yang lain pun begitu. Hidangan yang asalnya ada dua tiga jenis jadi banyak, ada mee goreng, bihun sup, keropok leko Terengganu dan macam2 lagi. Inilah hasil muafakat. Bawa sorang sikit dah jadi banyak. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran majikan dan anak menantunya...


Dalam minggu ni banyak juga undangan yang perlu dihadiri majikan saya. Maka jadi kelam -kabut saya menyediakan teks. Ada yang "last minute" baru hantar. "Ponin den" nak cari idea bernas sebagai isi ucapan. Nak marah pun tak guna, jadi kene siapkan juga sebelum 4.30 petang. Alhamdulillah dengan izin Allah berjaya juga.


Walau bagaimanapun, saya suka sibuk, sebab tak la rasa mengantuk. Ada je keje kene buat. So masa terisi. Ada rehat sikit kira oklah. Alhamdulillah, hari Jumaat saya berjalan dengan baik.
YA ALLAH PERBAIKILAH URUSAN HIDUP KU...

Wednesday, October 15, 2008

Setia Sang Kobau....


Pagi - pagi lagi hujan lebat menyiram bumi... dalam rintik hujan saya bersama suami dan anak saudara keluar rumah. Dalam perjalanan nak ke tempat kerja, singgah menghantar anak saudara yang menduduki PMR pagi ni. Pekan Kampung Gajah belum lagi riuh cuma kelihatan basah .

Melalui perjalanan harian pergi balik kerja dah jadi biasa. Tapi pagi ni tesentuh juga hati... Dalam terlelap terjaga...mengantuk di sebelah suami. Tetiba suami menoleh ke kanan jalan memperlahankan kenderaan, saya juga meninjau apa yang dilihat suami. " eh.. Kesiannya..." itu yang terkeluar dari mulut saya. Seekor kerbau terbujur di tepi jalan dan di sebelahnya masih setia berdiri seekor lagi kerbau. Meneman kerbau yang telah kaku. Kelihatan sayu. " kene langgo dek lori kot" kata suami ku. Biasanya kawasan tu tiada kerbau. Mungkin tersesat. Tapi itulah tuannya membiarkan sahaja kerbau2 berkeliaran di jalan - jalan. Tak kerbau/ lembu yang mati, pengguna jalan raya yang mati atau kedua2 nya mati.. hummm. Saya juga hampir berlanggar dengan lembu sebelum ni. Alhamdulillah Allah selamatkan.

Berbalik kepada pasangan kerbau tadi, siapa yang nak tolong kerbau tu? Sampai bilalah agaknya kerbau tu akan tercongok kat tepi jalan tu... kesian. Kerbau ni nampak je biasa, tapi mampu bertindak ganas... takut juga. Setia sungguh kerbau menunggu temannya... kalau manusia mungkin sangat jelas kesedihannya... ramai yang mahu menolong dan ade juga yang sibuk tolong tengok sekaligus menyesakkan jalan... begitulah nasib sang kobau.

Sebenarnya banyak pengajaran dari kehidupan yang kita lalui. Dari apa yang kita lihat dan temui. Kita perlu bijak menilai dan berfikir secara positif. Tanpa kita sedari petunjuk dari Allah dapat kita perolehi dari apa yang kita lihat dan alami. Sebagai contoh; kita melihat atau membaca berita tentang keadaan masyarakat di Palestin, Afghanistan atau India. Mereka kekurangan makanan, hidup melarat. Tetapi kita masih mewah dengan makanan dan makan dengan banyaknya. Disinilah tercetusnya rasa syukur kepada Allah.

Begitu juga apabila melihat kerbau... sabar ia menunggu temannya; siapa yang sudi membantu. tercetus di hati saya sabar kah saya seperti kerbau itu, setia kah saya seperti kerbau itu? Kalau kerbau mampu, alangkah malunya saya sebagai manusia sebaik -baik kejadian jika tidak bersikap sedemikian...

Moga - moga kerbau tadi dah diselamatkan tuannya....

"Ya Allah perbaikilah akhlaqku....."

Tuesday, October 14, 2008

Luahkan... jangan sampai ia sudah bernanah..


Ermm... pelbagai perkara tak diduga sering berlaku dalam harian hidup kita. Apa yang dirancang juga kerap terjejas. Bak kata pepatah : "ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari". Bila memikirkan perkara yang berlaku dalam beberapa hari yang lalu.. memang tidak terduga. Sebagai contoh sebiji durian yang cantik kulitnya dan bau yang sedap disangka mempunyai isi yang elok tetapi tatkala dibuka isinya mungkin kurang elok ( mangko kata orang perak) atau sudah berulat. Begitu juga raut wajah manusia. Kita lihat wajah sahabat atau adik beradik kita, senyum, gembira dan berseloroh. Tampak bahagia.

Semua kekeruhan terlindung di sebalik raut wajah dan tingkah laku. Apabila dapat tahu perkara yang sebetulnya.. memang tak diduga dan mengejutkan. Hubungan sesama manusia membabitkan hati. Setiap tingkah laku dan tutur kata kita memberi kesan sebenarnya. Penerimaan setiap orang adalah berbeza. Justeru, selalulah meletakkan diri kita di tempat orang lain supaya kita menyelami keadaan orang lain dan tidak bertindak mengikut kata hati sendiri sahaja.

Kita kerap menyembunyikan masalah yang dihadapi. Jika terlalu banyak dan lama memendam ianya akan menjadi barah yang sukar diubati. Sebagai contoh hubungan dengan kawan -kawan. Jika kita berasa tidak selesa dengannya atau kerap tersinggung, maka perlu diluahkan dengan berhikmah agar tidak dipendam dan lama kelamaan mengeruhkan hubungan persahabatan.

Begitu juga hubungan suami isteri dan adik beradik. Luahan rasa hati adalah penting supaya ia dapt mengurangkan risiko perbalahan dan hubungan yang dingin. Apabila ada sikap pasangan masing - masing yang kurang kita senangi nasihati/ tegur dengan cara berhikmah. Luahkan apa yang kita tidak setuju dengan sikap, cara atau tingkahlakunya. Apabila kita kerap memendam lama - kelamaan ia akan meletus juga dan kesannya mungkin perceraian atau putusnya ikatan kekeluargaan.

Cara meluahkan perasaan juga perlu betul. Ini supaya tidak timbul kesan buruk yang lain pula. Bercakap dengan nada yang lembut, dalam suasana yang mesra dan berbincang dari hati ke hati. Semasa perbincangan elakkan dari menyalahkan, menyerang dan terlalu mempertahankan diri. Ini akan menimbulkan ketegangan perbincangan. Adalah lebih elok kita mengakui kekurangan dan kesilapan diri. Bersikap rendah diri. Minta penjelasan dengan baik jika mahukan penjelasan. Akhiri perbincangan dengan segera memohon maaf. InsyaAllah akan jernih kekeruhan.


" Ya Allah teguhkan ikatan kami dengan mahabah dan rahmah"

Wednesday, October 8, 2008

Aku Yang Terleka

Dalam menelusuri hamparan kehidupan...

Aku didodoi indah alunan kicau kehidupan

diwarnai bebunga ragam duniawi

diulit indah.... menyenangkan

Bagiku...

segala tingkahku benar

walau terkadang terdetik rasa salahnya...

Ya... benar...

dalam asyik nikmatMu Rabb

mudahnya aku terleka dengan rayuan dunia

diselimut mimpi indah kehidupan

tiada janggal pada dosa dilakukan

tiada segan berbuat noda



Namun...

dalam indah ulitan mimpi

inzarMu hadir mengundang sedar

lantas gugur hujan air mata

lantaran rasa hina padaMu Rabb...

hina di mata insan



Alhamdulillah...

sujudku insaf pada Mu Ya Rahim

peringatanMu pantas kembalikan aku

di dataran nyata

Bahawa...

nikmatMu... untukku syukuri

terciptanya aku sebagai pengabdi padaMu

maka Ya Rabb peliharalah aku

dari mimpi -mimpi kehidupan

yang indah tapi mengerikan...

Wahai Dunia....

rayulah selainku...




Kita Pelayar Kehidupan

Bila duduk seorang diri, otak mula berfikir... macam -macam. Hari -Hari yang dilalui. Agak2nya apakah yang berbeza perjalanan harianku.... yang pasti tiap2 hari travel 3jam perjalanan pergi balik keroje. Hari2 mengantuk drive ke tempat kerja.... macam mana nak bagi tak mengantuk?! Cuba juga macam2 cara tapi mengantuk juga. Bila dah ada driver ni (suami tercinta) memang tido la dalam kereta. Kesian le pulak dia sorang2 drive.. humm
Kembali berfikir... kita ni seorang pelayar. Pelayar yang membawa kapal sendiri. Kita yang tentukan destinasi perjalanan kita. Kita yang mengemudi perjalanan. Muatan yang kita bawa juga pilihan sendiri. Pada awalnya sendiri, kemudian kita akan bawa pasangan dan kemudian keluarga dan seterusnya. Walaupun muatan kita bertambah, kita sebenarnya masih sendiri dalam menentukan perjalanan. Kita telah Allah bekalkan dengan Iman dan Aqal. Cuma dibantu oleh orang di sekitar dan suasana. Sama ada nasihat, idea dan pandangan orang lain kita yang tentukan sama ada nak ikut atau tidak nak terima atau tidak.
Dalam pelayaran harian, kita yang tentukan aturannya. Nak bangun pukul berapa, nak solat sunat ke tak, nak mengaji ke tak ,nak sarapan apa hari ini, hingga lah ke malam hari. Kadang - kadang perjalanan yang kita atur terganggu, maka jangan cepat menyalahkan orang lain. Lihat dulu dari sudut diri sendiri. Ini kerana kehadiran perkara lain di sekeliling kita adalah pewarna tambahan untuk mencantik atau mempelbagaikan perjalanan harian kita. Supaya ia menjadi menarik, menyedihkan atau menggembirakan.
Sebagai muslim kita sudah ada aturan dari Allah. Dari tidur hingga tidur semula. Solat fardu mengikut waktu yang perlu dilaksanakan salah satunya. Ditambah dengan perkara sunat atau ibadah berdasarkan niat yang baik yakni kerana Allah. Contoh solat. Allah dah tentukan waktunya. Tapi terpulang kepada kita samaada nak laksanakan atau tidak, dilaksanakan segera atau dilewatkan.(walaupun telah Allah tetapkan dosa/ pahala dlam konteks solat) Kita yang buat penentuan.
Jika diteliti perjalanan harian kita kian pendek sebenarnya. Begitu juga perjalanan bulanan dan tahunan. Semuanya semakin pendek. Bermakna perjalanan di fana ini kian singkat. Kita semakin Hampir dengan Pelabuhan Yang Sebenar. Waktu semakin pantas bergerak. Antara sedar atau tidak umur juga makin bertambah. Ini juga bermakna Qiamat Kecil kita kian hampir. Jadi baki waktu yang ada, baki kudrat yang ada wajarlah kita manfaatkan sebaiknya...
Kita usahakan mengikut kemampuan, tambah amal, tambah kebajikan, tambah kekuatan iman dan tambah segala2 yang memberi manfaat di medan akhirat dan segala yang di redhai Rabb.

" Ya Rabb kurniakan daku kekuatan iman belayar di fana ini agar tidak lemas dek lautan keduniaan yang bergelora..."

Tuesday, October 7, 2008

Ramadhan yang telah pergi...Syawal yang kian suram

"Ya Rabb... temukan daku dengan Ramadhan lagi... amin "

Hari ini sudah 7 Hari Raya. Nampaknya meriah syawal kian pudar. Rasanya di Malaysia ni Syawal meriahnya 3 hari je, kemudian macam biasa balik. Tapi saya masih kekok gak he he.. kadang - kadang hidung gatal... bila nak korek... eh teringat macam puasa pulak... ( tergelak sendiri). Bila terkenang ramadhan rasa macam tak puas... kejap je dia dah pergi. Tak puas bermesra dengannya... hummmm. Seronok syawal pun dah kurang sebab dah abis cuti. Suasana meriah syawal sekejap je tapi yang pasti ramai yang buat rumah terbuka sampai ujung syawal.
Raya tahun ni tak banyak dapat berjalan. Raya pertama bertugas sebelah petang. Tapi seronok juga lihat gelangat manusia... macam2 peelnya... timbul rasa simpati, geram dan macam2 rasa... pada masa yang sama kembali merenung diri... alhamdulillah Allah telah jadikan aku sebaik2nya.
Jalan - jalan raya pun kembali normal ( laluan saya pegi balik keje le ). Tak sesak. Dengar berita kat tv punya lah ngeri.. Ramai yang maut. Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur saya.
Tengah ada semangat Ramadhan ni nak kejo le puasa enam. Kalau berjaya mengerja puasa enam di bulan syawal ni seperti kita berpuasa sepanjang tahun... so marilah rebut ganjaran yang tak habis2 Allah nak bagi kat kita. Ramadhan pun Allah dah bagi macam - macam kelebihan.. termasuklah bonussss ( he he mesti ramai yang dah abis duit bonusnya ye tak ?)
Tapi bagi yang perempuan elok lah menqado puasa yang tertinggal terlebih dahulu. Bukan apa nanti bila tangguh, sedo2 dah bulan syaaban. Barulah kelam kabut nak qado. Takut tak sempat le pulak. ( saya pun ingatkan diri sendiri). Dengan semangat Ramadhan yang berbaki marilah kita kekalkan @ tingkatkan amal yang kita rutini... moga Allah membantu kita istiqamah menekuni aktiviti ibadah...
" Ya Khaliq bantulah kami menuju Mu..."

First Day sebagai Blogger

Bismillahirahmannirahim....

Pujian buat Mu Ya Rabb........
Dah lama nak buat blog sendiri... alhamdulillah hari ni dah berjaya...
harap - harapnya diruang ini dapat ku manfaat sebaiknya untuk merenung diri sebagai hamba... menilai laluan hidup di fana ini, meluah rasa yang tercetus dijiwa.. berkongsi pengalaman dan pandangan.... untuk ku coret bait - bait kata... menyegarkan kembali kreativiti menulis yang sudah lama terperam...

moga sentiasa di bawah pimpinan dan rahmat Mu Ya Rabb... amin